KANGAR, 2 Jun – Pasukan Majlis Bandaraya Diraja Klang Royal Town Warriors (MBDK RTW) muncul juara Kejohanan Ragbi Takaful Ikhlas Diraja Perlis Terbuka 7 Sepasukan 2025 selepas menewaskan pasukan Malaysian University dengan keputusan 22-19 dalam perlawanan akhir kategori terbuka yang berlangsung penuh sengit di Stadium Tuanku Syed Putra, di sini.